Dato Seri Ir Nizar Jamaludin yang dipilih sebagai calon bagi PRK Bukit Gantang sememangnya mempunyai kelebihan dari segi sokongan pengundi.1. Dua DUN bagi Parlimen Bukit Gantang dimenangi oleh PKR.
2. Pecahan pengundi yang sama rata bagi setiap kaum memberi kelebihan bagi undi popular.
3. Beliau yang sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, peramah, penuh dengan semangat sebagai seorang pemimpin yang ingin membantu rakyat tanpa mengira kaum dan ugama.
4. Situasi politik negeri Perak yang bercelaru disebabkan oleh UMNO setelah rampasan kuasa akan memberikan undi simpati kepada beliau.
Perkara yang harus diberi penekanan sekarang adalah bagaimana hendak mematahkan strategi UMNO yang menggunakan pendekatan menghasut, mengugut, fitnah tentang maksud sembah derhaka yang beliau persembahkan kepada Paduka Sultan Perak dan memberi penjelasan tentang keadaan perjalanan kes di mahkamah yang sedang berjalan.
Rakyat negeri Perak dan secara khususnya yang berada di kawasan Parlimen Bukit Gantang harus diberi penjelasan secukupnya tentang situasi yang sedang berlaku. Setiap penceramah haruslah memberikan penjelasan yang berkaitan tentang permasalahan akibat dari rampasan kuasa dan tidak perlulah hanya bercakap tentang isu rasuah, salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak UMNO kerana hal yang tersebut sememangnya sudah diketahui oleh rakyat negeri Perak dan Bukit Gantang khususnya.
No comments:
Post a Comment